Tuesday, March 27, 2018

Kejohanan Woodball Terbuka Negeri Pulau Pinang

Tarikh 16.3.2018 merupakan tarikh yang aku nantikan.Tarikh itu merupakan tarikh kejohanan woodball kali ke dua buat aku iaitu kejohanan woodball terbuka Penang.kejohanan tu berlansung di Sekolah Sains Tun Syed Syahabuddin(ataupun sok sek).Kejohanan ni terbuka kepada ipt dan remaja2 dan kebanyakkan yang join acara ni kebanyakannya pemain professional.Antara peserta-peserta yang join game ni antaranya dari UNIMAP, Remaja perlis,Remaja terengganu,Kelab woodball Darul Takzim,dan banyak lagi.

Sebelum turut serta dalam kejohanan ni,kami semua telah berlatih setiap petang untuk memantapkan pukulan masing-masing.Walaupun tanpa coach disamping namun latihan tetap dijalankan.

Pada pukul 2.00 petang kami bertolak ke Sok Sek.Tibanya disana kami disambut oleh jawatankuasa bertugas.Selepas siap semuanya kami diberi peluang untuk mencuba fairway yang disediakan.

Pada esok harinya acara tersebut telah berlansung.Aku mendapat flight yang ke 2 bersama-sama dengan perserta dari UNIMAP,Remaja Perlis,dan Kolej Komuniti Penang..Hari yang pertama telah berlansung 24 fairway secara serentak.Alhamdulilla acara tersebut berlangsung dengan jayanya.Dan keputusan untuk hari pertama juga telah diumumkan.Alhamdulillah KMPP telah mendapat tempat ke-3 pada hari pertama

24 fairway telah berlangsung pada hari yang kedua.Jadi keseluruhannya adalahsebanyak 48 fairway.Alhamdulillah  pertandingan tersebut berlangsung dengan jayanya pada hari yang kedua.Dan alhamdulillah pasukan KMPP mengekalkan kedudukan ditempat ke 3.












No comments:

Post a Comment

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...