Thursday, January 4, 2018

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG


KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG



Kolej Matrikulasi Pulau Pinang terbina di atas kawasan seluas 85 ekar di Pongsu Seribu, Kepala Batas dalam daerah Seberang Perai Utara. Ia merupakan antara 5 buah Kolej Matrikulasi terawal yang didirikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA tempatan dan luar negara. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Januari 2000 dan mampu menampung sehingga 3000 orang pelajar. Kolej ini terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran bandar Kepala Batas yang sedang pesat membangun dan dikelilingi oleh bandar-bandar besar seperti Sungai Petani dan Butterworth.



Ha.. atas tu perkenalan sikit tentang kmpp..ehh lupa plak bagi salam perkenalan..hi nama diberi  Asymawi kalau nak tau lebih2 kena pm tepi la,,,haahah...ok sambung cerita kita tentang KMPP ni..KMPP ni antara keloj matrikulasi yang terawal juga dibina..kalau tengok dari segi binanya kita dapat tau...dengan catnya yang luntur,tapi jangan risau tak runtuh bangunan tu.

Macam yang kita tau program matrikulasi ni terbahagi kepada dua program satu tahun dan program dua tahun,yang ni untuk aliran sains saja.Akaun cuma ada satu tahun.Okay untuk aliran sains program satu tahun dan tahun ni ada 3 modul:

Modul 1:Mathematics,Physics,Biology,Chemistry
Modul2:Mathematics,Physics,Sains Komputer,Chemistry
modul 3:Mathematics,Biology,Sains  Komputer,Chemistry

Waktu rehat kat KMPP ni bergantung kepada jadual masing-masing tapi selalunya waktu rehat ni selalunya pukul 10-11 dan 1-2 jangan risau tentang solat kat kmpp ni depa cukup jaga bab solat-solat lagipun surau dalam KMPP ni agak besar jugak la saiz dia,muat jugakla nak menampung 2000 pelajar KMPP untuk solat jumaat.Start kelas mostly pukul 8 pagi then tamat selalunya pukul 5 petang,dan mula-mula agak letih la jugak la tapi bak kata pepatah"alah bisa tegal biasa".


Dan dekat KMPP ni dibahgikan kepada beberapa praktikum(kelas) contohnya macam kelas saya DF1P02 D tu stand for Program Dua Tahun, F tu stand for kuliah dan P pula untuk Praktikum(kelas).
                                          ni praktikum saya...hahah DF1P02

Mesti hampa nak tau macam mana nak outingkan..ha meh nak bagitau sikit.Kat sini nak outing senang ja benda paling wajib bila nak outing ni ialah kena ada kad Matriks dan kena pastikan kad tu tak kena block..mcm mna kad tu boleh kena block...mna leh gitau lebih2 kena masuk dulu la...hahaha.Nak outing ni tiap2 weekend boleh..tapi ada weekend yang xleh senang cakap kena tengok jadual la sebelum keluar..jangan main terjah ja stgi xpasai2 kena halau dengan guard plak..guard-guard dekat sini dah la beramanah..hahhahaha..

Ha last sebelum nak akhiri kalam pernulisan ni aq nak pesan la skit,,,kat mana2 pon sama ja cara belajar dia cuma semua ni bergantung kepada diri kita..

No comments:

Post a Comment

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...