Wednesday, July 24, 2019

Hiking Gunung Jerai

Assalamualaikum okay harini aku nak share experience aku dengan kawan-kawan aku pi hiking gunung jerai.Sebenarnya benda ni dah plan dua minggu sebelum nak pi lagi,mula-mula plan asal ada 3 orang ja,lepas puas ajak member-member semua baru ramai nak join.Yang plan semua ni tak lain tak bukan si kacak yang menulis ni la😂.

  First plan nk hiking pukul lapan sebab takut cuaca panas sangat pulak kalau lambat,sebab sebelum ni pernah hiking gunung pulai mak aii hangat sungguh sampai semua kena hidrasi.So kami semua plan lepas subuh kami bertolak dari matrik terus ke gunung.So macam biasalah melayu ni kalau janji paham2 jela kata lepas subuh..memang lepas subuh tapi subuh gajah la😂.So kami sampai kat matrik pukul 6.45 pagi.


So ni suasana matrik pagi-pagi

   So before nak teruskan perjalanan kami singgah dekat kedai nasi kandar buat isi perut yang kosong ni sebelum mendaki



  Lepas siap makan semua kami pon pi lah ke destinasi yang nak dituju iaitu titi hayun.Sebab kami plan nak hiking guna tangga kenari baru feel hiking.
Ni la tangga kenari ni.

   So kami pon naik la tangga kenari tu,tiba-tiba masa tengah naik tu ada orang sekat kami tak bagi kami naik.Dia panggil ketua so aku pi la sebab aku yang kepala,pastu dia minta permit dengan surat kebenaran,haru biru la aku masa tu mana aku tau nak naik gunung jerai kena ada permit.So kepada sesiapa yang yang nak hiking guna tangga kenari pastikan anda ada permit or surat kebenaran dari jabatan perhilitan or kamu semua nak kena compound rm5000 seorang.
    
       Jadi plan dah lari banyak dah so kami plan naik kot jalan tar tapi kot tar dia jauh sikit.Tapi bila dah sampai dekat foothill ada masalah sikit yang terjadi,dan semua pon dah hilang mood so kami plan hiking guna kereta ja😂.
    
Ni antara hikers yang join ekpedisi kalini..gmbar kat atas tu adalah dekat dengan resort.















Ni aku bagi gambar view kat resort tu.

After 10 minutes rest sambil tengok view kami pon sambung perjalanan naik ke puncak yang lagi satu,tapi sebenarnya puncak yang betul tak boleh naik pon,sebab ada tentera jaga,so kami boleh naik sampai padang tok sheikh ja.Jarak nak sampai ke puncak dalam 3 km dalam perjalanan tu kita akan jumpa 3 checkpoint,yang first sekali kita akan jumpa telaga tok sheikh.Telaga tok sheik ni sebenarnya telaga lama orang ambik wuduk,telaga ni tok sheikh yang bina,tok sheikh ulama yaman tak silap saya,dia yang islamkan sultan kedah,sultan kedah masatu adalah anak kepada merong mahawangsa.Sultan kedah arahkan tok sheikh buat menara azan kat tempat paling tinggi kat kedah,so gunung jerai la yang dipilih.


Lepas 5 minit camtu luang masa dekat telaga tok sheikh kami pon teruskan perjalanan.kami berhenti pulak dekat checkpoint ke dua iaitu batu kapal,sejarah kapal ni adalah asalnya kapal merong mahawangsa lepastu kena sumpah dengan sang kelembai sampai kapal tu jadi batu,asalnya dulu gunung jerai ni pulau so disebabkan plat kerak bergerak so terhasilah gunung.



Checkpoint ke tiga adalah padang tok sheikh.Padang tok sheikh ni asalnya adalah masjid lama dan memang jelas ada line saff kat atas batu tu.Dan kat atas tu pon ada menara azan,dan dikatakan kat situ la azan first kat malaysia entahla betul ke tak.





Lepas sampai padang tok sheikh maka berakhirla pendakian kami.Walaupun banyak plan yang tak jadi tapi tetap terbaik.ok tu ja aku rajin nak tulis pon nak tau lebih2 pm Aku.



  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...