Thursday, March 29, 2018

BAN PECAH

PEMANDANGAN pada hari semalam amat menarik. Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.

Itulah Ban Pecah yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak yang menjadi tempat bersantai dan menjamu selera bagi penduduk daerah Krian.Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Parit Buntar, lokasi ini dikunjungi sehingga lewat malam untuk menjamu selera. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang yang tidak asing lagi serta mi udang Tanjung Piandang.

Walaupun pantai itu menerima ratusan pengunjung setiap hari, namun tidak ramai tahu bahawa pada awal tahun 1960-an, kawasan itu adalah hamparan sawah padi yang subur menghijau.
Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?

Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.







No comments:

Post a Comment

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...