Monday, January 22, 2018

Angsa

Semasa saya kecil dalam umur 4 hingga 6 tahun, Mak ada membela angsa. Angsa yang saiznya 3 kali dari saiz itik, berleher panjang, bersuara nyaring dan hobinya? Mengejar dan mencubit peha orang. Oleh kerana sifatnya yang agak garang dan bijak kerana boleh mengenal pasti orang yang tidak di kenali; ada kalanya angsa sengaja dipelihara untuk "menjaga" rumah dari pencuri. Macam-mana pencuri nak menyelinap masuk ke rumah sedangkan angsa sudah riuh berbunyi dan mencubit-cubit peha!

Saya sebenarnya agak takut dengan angsa dan angsa pula bagaikan bermusuh dengan saya. Selalulah berlaku aksi berlari dikejar angsa. Berlari dikejar angsa lagi menakutkan dari di kejar Abah. Sekali di cubit dengan paruhnya, lebam biru!

Angsa peliharaan Ma agak garang. Misi (Jururawat) yang datang melawat rumah sekali-sekala juga selalu jadi mangsa. Telur angsa yang besar, dalam 3 kali ganda dari telur ayam biasa menjadi suatu yang "menakjubkan" bagi kami, yang masih budak. Ma selalu membuat telur dadar dari telur angsa, tapi saya tak pernah mahu mencubanya. Telur dari musuh saya!

Namun setelah mendekati usia dewasa segalanya bagai terbalik, kerana yang dikejar ada angsa.Baru saya tahu rupa-rupanya angsa ni penakut.Jadi tips kepada sahabat-sahabat yang masih takutkan angsa tu ingat angsa sebenarnya penakut jadi kita kena lebih berani daripadanya.

Gambar yang diambil diatastu sewaktu saya berada di KMPP .SEKIAN...

Monday, January 15, 2018

TAMAN REAKREASI AIR ITAM DALAM

TAMAN REAKREASI AIR ITAM DALAM


Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam merupakan sebuah hutan paya air paya air tawar yang terletak di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang mempunyai keluasan lebih kurang 10 hektar. Hutan Pelajaran ini dibahagikan kepada zon yang berdasarkan spesis dominannya iaitu nipah, putat, jejawi dan malabera.

Hutan Pelajaran ini menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya penggemar burung kerana kawasan ini merupakan habitat pelbagai spesis burung dan juga tempat persinggahan burung hijrah. Terdapat lebih daripada 150 burung telah ditemui di hutan ini. Biasanya bulan oktober hingga Jun merupakan musim memerhati burung hijrah di Hutan Pelajran Air Hitam Dalam.

Awal pagi dan waktu senja merupakan waktu terbaik bagi melihat burung di sini.Selain aktiviti mermerhati burung, anda juga dapat melihat orang kampung memetik ulam pada waktu senja. Selain itu, kawasan ini juga menjadi destinasi popular kepada para pemancing.

Hujan Pelajaran Air Hitam Dalam telah dilengkapi dengan prasana seperi pondok rehat, kawasan meletak kenderaan, jambatan gantung (210 meter), boardwalk (melebihi 1000 m) kemudahan tandas dan juga gerai makan serta Kaunter Informasi.



Peta sekitar kawasan Kampung Air Itam Dalam 
Pokok Paya Bakau 
Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.

Pokok keladi
Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus Alocasia, Caladium dan Dieffenbachia, semuanya dalam subfamili Araceae. Bagaimanapun, ia juga boleh merujuk kepada satu spesies khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam, Colocasia esculenta. Keladi berasal dari India Selatan dan Asia Tenggara.
Titi gantung berukuran 200 meter panjang

Laluan pejalan kaki ataupun kenderaan sepanjang 1 KM
Titi yang dibina untuk memudahkan pelancong untuk melihat flora dan fauna didalam hutan

Permandangan dari menara pemerhati


Pondok rehat 

Menara pemerhati yang dibina berketinggian 30 meter untuk memberi peluang kepada pelancong untuk melihat pemandangan disekitar kawasan Air Hitam Dalam.



Monday, January 8, 2018

KUCING 3 COLOURS


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna memang jarang ditemui. Dan memang benar, kucing jantan dengan kombinasi bulu 3 warna lebih jarang lagi ditemui. Jika anda bertuah menemui kucing ‘belang 3? ini, sudah pasti ia adalah betina. Ini memang fakta yang dan bukan benda baru.



Anda pasti pernah mendengar mengenai versi-versi supranatural tentang kucing jantan ‘belang 3? yang agak mustahil ditemui ini. Kepercayaan orang tua tentang kucing jantan belang 3 yang antara lain ialah:

1) Kucing jantan belang 3 sangat sukar ditemui kerana ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Sifat kanibalis ini memang naluri karana kucing jantan belang 3 secara semulajadi tidak dibenarkan untuk lahir.

2) Kucing jantan belang 3 dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormat orang di sekelilingnya.

Walaubagaimanapun itu hanyalah kepercayaan orang dahulu. Kucing dengan kombinasi bulu 3 warna, atau lebih gemar disebut ‘kucing belang 3’, dinamakan kucing calico dan tortoiseshell. Kucing Calico adalah kucing-kucing belang 3 dengan warna dasar putih, sedangkan tortoiseshell kucing belang 3 dengan dasar warna hitam. Kucing jantan berbelang 3 disebabkan oleh pewarisan genetik kucing calico dan tortoiseshell yang memang tidak memungkin melahirkan seekor kucing jantan.

Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Varietäten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut X chromosome dan Y chromosome, yang mana mungkin sedikit sukar bagi kita untuk memahami secara detail. Tetapi sebenarnya, kelahiran kucing belang 3 memang didominasi oleh kucing betina, dan adapun kelahiran kucing jantan adalah cacat. Faktor genetik itu juga yang menyebabkan kucing jantan tersebut lahir dalam keadaan tidak subur atau mandul.

Kemungkinan kucing jantan belang 3 dibandingkan dengan kucing betina belang 3 adalah 1:10,000. Kerana itulah kucing jantan belang 3 ini dihargai dan sangat mahal di Amerika dan Eropah.

KENANGAN


Gambar awal sem 2017 kelas DF1P01/2 kat KMPP..
                                         
Dari kiri gambar:1)Raja   2)Mawi   3)Syauqi   4)Afif   5)Adam   6)Faiz   7)Wan   8)Danial   9)Iqbal 10)Fajar   11)Mizah   12)Mimi   13)Aju   14)Sofea   15)farahana   16)Aina   17)Aina Irdina   18)Athirah   19)Madehah   20)Pijah   21)Cik Syirah  22)Najwa    23)Syikin
                                                TB..masa jamuan raya kelas DF1P02
Dari belakang kiri gambar:1)Mawi 2)Danial 3)Wan 4)Iqbal 5)Afif
Dari tengah kiri gambar:1)Mizah 2)Sofea 3)Farhah 4)Mimi
Dari bawah kiri gambar:1)Aina 2)Syikin 4)Athirah
                                               gambar awal sem 2018 kelas DF1P2

Pulau Pangkor


Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah:


Kubu Belanda
Tokong Fu Ling Kong
Kota Belanda
Batu bersurat
Pantai Puteri Dewi
Pantai Pasir Bogak
Teluk Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan darat dan laut. Sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing.

Pangkor Laut Resort yang dimiliki oleh YTL Hotels di sebelah barat Pantai Pasir Bogak ialah sebuah tempat peranginan persendirian mewah yang bertaraf antarabangsa.

Hari pertama 
10.00 pagi -bertolak ke jeti Marina Bay menaiki kereta.
2.00 petang-Tiba di jeti Marina Bay
3.00 petang-Tiba di Pulau Pangkor
3.10 petang-Menaiki van ke Teluk Nipah
3.30 petang-Tiba di Teluk Nipah
3.40 petang-Dirikan khemah untuk bermalam
4.00 petang-Mandi manda dipantai bersam-sama
6.30 petang-Siap-siap untuk solat maghrib/isyak
8.00 malam-Menyiapkan makanan BBQ 
10.00 malam-Menikmati BBQ
12.00 malam-Mengemas semula peralatan-peralatan BBQ
1.00 pagi-Campfire
1.30 pagi-Tidur

Hari Kedua
6.00 pagi-Solat subuh dan mandi.
8.00 pagi-bertolak menaiki bot untuk snorkeling di pulau berdekatan
11.00 pagi-Pusing-pusing menaiki bot di pulau berdekatan.
12.00 tengah hari-bergerak pulang ke Teluk Nipah
1.00 petang-mengemas barang untuk bergerak pulang
2.00 petang-sebelum bergerak pulang singgah kilang satay
3.00 petang menaiki ferry ke jeti.
3.30 petang-tiba di Marina Bay
4.00 petang-bergerak Pulang ke rumah
7.00 malam-Tiba di rumah masing-masing.

Sekian...

Sunday, January 7, 2018

Musical chair


KAEDAH PERMAINAN MUSICAL CHAIR 

Langkah 1
Guru akan memberikan arahan dengan jelas terlebih dahulu kepada murid dan meminta murid untuk menyusun beberapa buah kerusi mengikut arahan guru.

Langkah 2
Muzik akan dimainkan oleh guru dan setiap murid perlu bergerak mengelilingi kerusi sepanjang muzikdimainkan. Muzik akan dihentikan  pada bila-bila masa mengikut kehendak guru dan murid perlu segera mendapatkan tempat duduk

Langkah 3
Murid yang tidak mendapat tempat duduk di atas kerusi akan diberikan tugasan oleh guru bersesuaian dengan tahap kemahiran murid tersebut.

Langkah 4
Murid tersebut akan diberikan satu sampul yang mengandungi kad imbasan atau kad bergambar yang  berkaitan dengan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.

Langkah 5
Murid tesebut seterusnya diminta untuk mengeja dan menyebutkan semula perkataan yang terdapat pada kad gambar tersebut.

Langkah 6
Murid kemudiannya diminta untuk menulis semula perkataan tersebut  pada ruangan jawapan yang disediakan oleh guru. Murid kemudiannya dibimbing oleh guru untuk membina satu frasa mudah  berkaitan perkataan yang telah ditulis sebagai pengukuhan.

Langkah 7
Langkah 2 hingga Langkah 6 diulang sehingga muncul pemenang bagi  permainan tersebut.

Lagu yang digunakan
Sebarang jenis lagu yang difikirkan dapat menarik minat murid.

Bahan Bantu Belajar
Komputer riba, pembesar suara, sampul kertas, kad bergambar, kad manila Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah KMKI



Friday, January 5, 2018


LAWATAN KE GUA TEMPURUNG ANJURAN KELAB UKHWAH KMPP


Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung.

Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.


TENTATIF PROGRAM

8.00-Berkumpul di hadapan koperasi KMPP dam diberi sedikit taklimat tentang program yang akan dijalankan

8.30-10.30-Bertolak ke Gua Tempurung

10.30-11.30-Tiba di Gua Tempurung dan  diberi sedikit sarapan untuk mengalas perut yang kosong.Selain itu setiap kumpulan diberi satu barang amanah untuk dijaga.

11.30-3.30-Meneroka ke dalam gua.

3.30-4.30-Rehat sebentar sambil mendengar tazkirah daripada kumpulan yang "kalah" yang dapat menjaga barang amanah dengan baik.

4.30-6.30-Bergerak pulang ke KMPP tercinta.






HARGA UNTUK MASUK KE GUA TEMPURUNG




حْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى. وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan Kami meneguhkan kalbu mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.” (QS Al-Kahfi [18]: 13-14)

Thursday, January 4, 2018

KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG


KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG



Kolej Matrikulasi Pulau Pinang terbina di atas kawasan seluas 85 ekar di Pongsu Seribu, Kepala Batas dalam daerah Seberang Perai Utara. Ia merupakan antara 5 buah Kolej Matrikulasi terawal yang didirikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA tempatan dan luar negara. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Januari 2000 dan mampu menampung sehingga 3000 orang pelajar. Kolej ini terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran bandar Kepala Batas yang sedang pesat membangun dan dikelilingi oleh bandar-bandar besar seperti Sungai Petani dan Butterworth.



Ha.. atas tu perkenalan sikit tentang kmpp..ehh lupa plak bagi salam perkenalan..hi nama diberi  Asymawi kalau nak tau lebih2 kena pm tepi la,,,haahah...ok sambung cerita kita tentang KMPP ni..KMPP ni antara keloj matrikulasi yang terawal juga dibina..kalau tengok dari segi binanya kita dapat tau...dengan catnya yang luntur,tapi jangan risau tak runtuh bangunan tu.

Macam yang kita tau program matrikulasi ni terbahagi kepada dua program satu tahun dan program dua tahun,yang ni untuk aliran sains saja.Akaun cuma ada satu tahun.Okay untuk aliran sains program satu tahun dan tahun ni ada 3 modul:

Modul 1:Mathematics,Physics,Biology,Chemistry
Modul2:Mathematics,Physics,Sains Komputer,Chemistry
modul 3:Mathematics,Biology,Sains  Komputer,Chemistry

Waktu rehat kat KMPP ni bergantung kepada jadual masing-masing tapi selalunya waktu rehat ni selalunya pukul 10-11 dan 1-2 jangan risau tentang solat kat kmpp ni depa cukup jaga bab solat-solat lagipun surau dalam KMPP ni agak besar jugak la saiz dia,muat jugakla nak menampung 2000 pelajar KMPP untuk solat jumaat.Start kelas mostly pukul 8 pagi then tamat selalunya pukul 5 petang,dan mula-mula agak letih la jugak la tapi bak kata pepatah"alah bisa tegal biasa".


Dan dekat KMPP ni dibahgikan kepada beberapa praktikum(kelas) contohnya macam kelas saya DF1P02 D tu stand for Program Dua Tahun, F tu stand for kuliah dan P pula untuk Praktikum(kelas).
                                          ni praktikum saya...hahah DF1P02

Mesti hampa nak tau macam mana nak outingkan..ha meh nak bagitau sikit.Kat sini nak outing senang ja benda paling wajib bila nak outing ni ialah kena ada kad Matriks dan kena pastikan kad tu tak kena block..mcm mna kad tu boleh kena block...mna leh gitau lebih2 kena masuk dulu la...hahaha.Nak outing ni tiap2 weekend boleh..tapi ada weekend yang xleh senang cakap kena tengok jadual la sebelum keluar..jangan main terjah ja stgi xpasai2 kena halau dengan guard plak..guard-guard dekat sini dah la beramanah..hahhahaha..

Ha last sebelum nak akhiri kalam pernulisan ni aq nak pesan la skit,,,kat mana2 pon sama ja cara belajar dia cuma semua ni bergantung kepada diri kita..

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...