Monday, January 15, 2018

TAMAN REAKREASI AIR ITAM DALAM

TAMAN REAKREASI AIR ITAM DALAM


Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam merupakan sebuah hutan paya air paya air tawar yang terletak di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang mempunyai keluasan lebih kurang 10 hektar. Hutan Pelajaran ini dibahagikan kepada zon yang berdasarkan spesis dominannya iaitu nipah, putat, jejawi dan malabera.

Hutan Pelajaran ini menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya penggemar burung kerana kawasan ini merupakan habitat pelbagai spesis burung dan juga tempat persinggahan burung hijrah. Terdapat lebih daripada 150 burung telah ditemui di hutan ini. Biasanya bulan oktober hingga Jun merupakan musim memerhati burung hijrah di Hutan Pelajran Air Hitam Dalam.

Awal pagi dan waktu senja merupakan waktu terbaik bagi melihat burung di sini.Selain aktiviti mermerhati burung, anda juga dapat melihat orang kampung memetik ulam pada waktu senja. Selain itu, kawasan ini juga menjadi destinasi popular kepada para pemancing.

Hujan Pelajaran Air Hitam Dalam telah dilengkapi dengan prasana seperi pondok rehat, kawasan meletak kenderaan, jambatan gantung (210 meter), boardwalk (melebihi 1000 m) kemudahan tandas dan juga gerai makan serta Kaunter Informasi.



Peta sekitar kawasan Kampung Air Itam Dalam 
Pokok Paya Bakau 
Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., bakau Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.

Pokok keladi
Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam famili Araceae seperti dalam genus Alocasia, Caladium dan Dieffenbachia, semuanya dalam subfamili Araceae. Bagaimanapun, ia juga boleh merujuk kepada satu spesies khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam, Colocasia esculenta. Keladi berasal dari India Selatan dan Asia Tenggara.
Titi gantung berukuran 200 meter panjang

Laluan pejalan kaki ataupun kenderaan sepanjang 1 KM
Titi yang dibina untuk memudahkan pelancong untuk melihat flora dan fauna didalam hutan

Permandangan dari menara pemerhati


Pondok rehat 

Menara pemerhati yang dibina berketinggian 30 meter untuk memberi peluang kepada pelancong untuk melihat pemandangan disekitar kawasan Air Hitam Dalam.



No comments:

Post a Comment

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...