Friday, March 30, 2018

Hiking Gunung Pulai

Pengalaman tak dapat dibeli dengan wang ringgit.Acap kali kita mendengar akan ungkapan ini.Jadi bagi post aku kali ini,aku akan kongsikan pengalaman yang aku takkan lupa,insyaallah.Hiking merupakan salah satu aktiviti yang boleh dikatakan agak mencabar.Ia merupakan aktiviti yang agak lasak dan mencabar bergantung kepada gunung-gunung atau bukit-bukit yang kita daki.

Pada 17 February aku bersama-sama kawan aku telah mendaki Gunung Pulai.Gunung Pulai di daerah Baling,Kedah.Ia juga berdekatan dengan Gunung Baling.Memulakan pendakian, kami melalui jambatan besi melintasi sungai Baling (kira-kira 10 meter lebar). Sepuluh minit pertama kami hanya melalui trek yang landai dan agak lecah sedikit sebab hujan pagi tadi. 

Lepas ja sepuluh minit trek mula menaik (dengan kecuraman 60-80 darjah). Memang banyak tenaga kena guna samada tenaga kaki mahupun tangan. Batu-batu pula tajam dan agak berbahaya. Sekali sekala terpaksa melalui trek yang semak.

Sumpah trek dia kejam! Aku hampir tewas dan kecundang! Trek berbatu, mencanak-canak, curam, tajam & gayat!Ketinggian Gunung Pulai 620 meter, kalau ikutkan taklah tinggi sangat,tapi sebabkan trek dia yang agak mencabar jadi bagi sapa yang ada niat nak daki tu...siap sedia dari segi mental la noh..sebab aq pernah dengar cerita yang ada guide ni bawa budak sekolah dari 4.00 pagi sampai 4.00 petang sebab ada yang pengsan la,cedera la lagi...







No comments:

Post a Comment

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...