Monday, February 1, 2021

 

LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1)

1.Bukit Broga


Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat-sangatla, masa ni aku ikut member aku dari UKM hiking kat sini, sebelum masuk kena bayar parking, pastu masa nak masuk pon kena bayar duit entrance aku pon pelik tak pernah-pernah selama ni aku hiking kena bayar tiba-tiba kena bayar, mungkin tanah persendirian kot mungkin. Laluan dia tak begitu mencabar sangat dan agak landai, tapi berbaloi la sebab view dia boleh tahan lawa.

2.Air Terjun Pecah Batu


Air terjun ni lokasi dia dekat Taiping, bagi aku ranking air terjun ni aku letak tempat kedua air terjun yang pernah aku mandi, pertama semestinya air terjun sedim.Masa kami pi ke sini agak lengang juga sebab masa tu hari sekolah, jadi agak puas jugak la mandi. Air terjun dia pon jernih dan air tak laju sangat, dan ada tempat cetek dan dalam jadi sesuai la kalau nak bawa family datang sini budak-budak pon sesuai saja mandi sini.

3.Teluk Senangin


Ni lah aktiviti pertama yang aku buat lepas PM umum pkp tamat dan boleh rentas negeri, lepas dengar ja pengumuman tu terus aku booking challet, pantai Teluk Senangin compare dengan Pulau Pangkor, Pulau Pangkor lagi lawa bagi pendapat aku la, aktiviti sini tak banyak yang boleh buat tapi ok la not bad.

4.Gunung Semanggol


Gunung Semanggol ni kami hiking awal pagi, boleh tahan trek dia agak medium tahap kesusahan dia, tapi jangan risau masih sesuai untuk beginner-beginner yang baru nak start hiking.Alhamdulillah rezeki kami dapat tengok awan karpet dengan pemandangan memang lawa la campur dengan view sawah padi pergh hilang penat semua.

5.Bukit Berekeh



Bukit Berekeh nama ja bukit tapi trek dia agak stress juga la dengan naik turun naik turun kena redah 5 puncak dulu baru sampai puncak yang betul.Aku hiking bukit ni dua kali pertama sekali dengan geng-geng matrik yang kedua dengan geng-geng smka so bagi aku yang tak ada stamina yang cukup aku tak syor sangat sebab trek dia panjang tapi tak susah cuma jauh saja.

Bersambung...

Sunday, January 12, 2020

Woodball KMPP vs KMP

Assalamualaikum,dan salam sejahtera fuh dah berhabuk dah blog nak tulis pon dah.

   Ok kita sambung fokus utama kita.Hangpa semua ingat gi kan posts sebelum ni pasai woodball,ok kalini aku nak tulis pasal woodball jugak,kalini aku dah naik taraf dari cuma ahli biasa dah jadi presiden woodball kmpp bukan kaleng-kaleng beb.Aku jugak antara pencetus dan perintis woodball kat KMPP ni dan team yang dulu dah takdak dah ganti dengan team yang baru sebab team yang dulu semua pst tinggal aku dengan berapa kerat ja pdt..jadi kami yang gerak kan kelab ni dengan pelbagai aktiviti sambil dibantu oleh Puan Fadhilah antara aktiviti dia friendly dengan KMP.

    Ok ceritanya bermula sebelum kami ke KMP cik Zul orang kuat woodball Pulau Pinang datang ke KMPP utk bagi penerangan tentang woodball.




    Beberapa hari lepastuk semua bertolak ke KMP untuk friendly dengan KMP.19 orang dihantar untuk berperang dengan KMP.Dan keputusannya adalah rahsia😂😂😂.Sebab aku pon dah lupa sapa yang menang tapi tak silap aku KMPP yang menang🤪.









   Dah lepas settle semua game ni kami ke Gua Kelam untuk release kan tension dengan penat semuanya.
.
Ha yang tengah-tengah tu la puan Fadhilah.


     Lepas  Gua Kelam kami tempat yang wajib dilawati iaitu Padang Besar.Kat sini aku frust sikit frust sebab apa tu rahsia biar yang yang tahu ja tahu😂.
  
     Dah settle semua kami kam balik takkan nak bermalam pulak kan😂.ok tu jela aku mampu cerita assalamualaikum bye...
  

Wednesday, July 24, 2019

Hiking Gunung Jerai

Assalamualaikum okay harini aku nak share experience aku dengan kawan-kawan aku pi hiking gunung jerai.Sebenarnya benda ni dah plan dua minggu sebelum nak pi lagi,mula-mula plan asal ada 3 orang ja,lepas puas ajak member-member semua baru ramai nak join.Yang plan semua ni tak lain tak bukan si kacak yang menulis ni la😂.

  First plan nk hiking pukul lapan sebab takut cuaca panas sangat pulak kalau lambat,sebab sebelum ni pernah hiking gunung pulai mak aii hangat sungguh sampai semua kena hidrasi.So kami semua plan lepas subuh kami bertolak dari matrik terus ke gunung.So macam biasalah melayu ni kalau janji paham2 jela kata lepas subuh..memang lepas subuh tapi subuh gajah la😂.So kami sampai kat matrik pukul 6.45 pagi.


So ni suasana matrik pagi-pagi

   So before nak teruskan perjalanan kami singgah dekat kedai nasi kandar buat isi perut yang kosong ni sebelum mendaki



  Lepas siap makan semua kami pon pi lah ke destinasi yang nak dituju iaitu titi hayun.Sebab kami plan nak hiking guna tangga kenari baru feel hiking.
Ni la tangga kenari ni.

   So kami pon naik la tangga kenari tu,tiba-tiba masa tengah naik tu ada orang sekat kami tak bagi kami naik.Dia panggil ketua so aku pi la sebab aku yang kepala,pastu dia minta permit dengan surat kebenaran,haru biru la aku masa tu mana aku tau nak naik gunung jerai kena ada permit.So kepada sesiapa yang yang nak hiking guna tangga kenari pastikan anda ada permit or surat kebenaran dari jabatan perhilitan or kamu semua nak kena compound rm5000 seorang.
    
       Jadi plan dah lari banyak dah so kami plan naik kot jalan tar tapi kot tar dia jauh sikit.Tapi bila dah sampai dekat foothill ada masalah sikit yang terjadi,dan semua pon dah hilang mood so kami plan hiking guna kereta ja😂.
    
Ni antara hikers yang join ekpedisi kalini..gmbar kat atas tu adalah dekat dengan resort.















Ni aku bagi gambar view kat resort tu.

After 10 minutes rest sambil tengok view kami pon sambung perjalanan naik ke puncak yang lagi satu,tapi sebenarnya puncak yang betul tak boleh naik pon,sebab ada tentera jaga,so kami boleh naik sampai padang tok sheikh ja.Jarak nak sampai ke puncak dalam 3 km dalam perjalanan tu kita akan jumpa 3 checkpoint,yang first sekali kita akan jumpa telaga tok sheikh.Telaga tok sheik ni sebenarnya telaga lama orang ambik wuduk,telaga ni tok sheikh yang bina,tok sheikh ulama yaman tak silap saya,dia yang islamkan sultan kedah,sultan kedah masatu adalah anak kepada merong mahawangsa.Sultan kedah arahkan tok sheikh buat menara azan kat tempat paling tinggi kat kedah,so gunung jerai la yang dipilih.


Lepas 5 minit camtu luang masa dekat telaga tok sheikh kami pon teruskan perjalanan.kami berhenti pulak dekat checkpoint ke dua iaitu batu kapal,sejarah kapal ni adalah asalnya kapal merong mahawangsa lepastu kena sumpah dengan sang kelembai sampai kapal tu jadi batu,asalnya dulu gunung jerai ni pulau so disebabkan plat kerak bergerak so terhasilah gunung.



Checkpoint ke tiga adalah padang tok sheikh.Padang tok sheikh ni asalnya adalah masjid lama dan memang jelas ada line saff kat atas batu tu.Dan kat atas tu pon ada menara azan,dan dikatakan kat situ la azan first kat malaysia entahla betul ke tak.





Lepas sampai padang tok sheikh maka berakhirla pendakian kami.Walaupun banyak plan yang tak jadi tapi tetap terbaik.ok tu ja aku rajin nak tulis pon nak tau lebih2 pm Aku.



Thursday, December 27, 2018

Pulau SongSong

Pulau Songsong terletak di perairan daerah Yan, negeri Kedah, utara Malaysia. Pulau tidak berpenghuni ini sesuai untuk aktiviti menyelam dan mengail. Pulau lain yang berhampiran ialah Pulau BuntingPulau Telordan Pulau Bidan.
Pada 30 Januari 2010, Kerajaan Kedah memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan. Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia M. Manikumar menyatakan rundingan masih diteruskan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (UPEN). Lima syarikat swasta telah mengemukakan kertas cadangan. Sebuah jambatan akan menghubungan pulau itu dengan tanah besar.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pulau_Songsong
Tarikh:28 october 2018



 Naik bot dari jeti sungai udang ambik masa dalam 15 minit nak sampai kat pulau songsong.Nak tau harga pm tepi la...😂

Ni topeng nak pakai untuk selam yg ni sewa sorg 20 ringgit.Life jacket dia sedia skli dalam pakej.

View pulau songsong.Nampak dak pulau kecik hujung sana tu,tula pulau bunting yang jambatan baru buka tu.

Ni ahli adventure😂,set2 pdt kmpp ni nak no sapa2 pm tepi😂😂

Ni view pantai,nampak dak hujung tu ada cam rumah api. Tak pasti camna leh ada.

Buaian ni baru buat ja sebelum ni xdk gi

Nah ni la signboard pulau songsong.Tempat ni port orang dok ambik gambar.

Ni keadaan khemah kami😂😂😂 saja share bukan selalu orang share

View yang mempersonakan

Ni telaga yang guna untuk mandi.Ada dua telaga kat pulau ni,satu gi telaga penuh lipas😂,tak berani nak mandi

Ni cover telaga tu,pintu pakai kain ja so jangan dok gatai nak bogel lak😂.

Jernih air dia.Ni boleh tengok bila air surut ja.Nak tggu air surut ptg2 surutla

Nah view last😍

Habis da...da pa2 nak tya leh tya kat comment😊

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...