Thursday, March 29, 2018

Frog Hills

Bukit katak semakin hari semakin dikenali ramai.Ia terletak di Tasek Gelugor,Pulau Pinang.Jaraknya dari pekan Lahar Yooi adalah lebih kurang 10 KM.Asal nama bukit katak dahulunya  ia adalah sebuah bekas tapak kuari yang terbiar dan tiada siapa, termasuk penduduk kampung yang 'peduli' dengan kewujudan kawasan ini.

Pemandangan cantik Bukit Katak yang menjadi 'viral' di media sosial beberapa bulan lalu mengubah segala-galanya.

Keadaan Bukit Katak, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, yang dulu sepi, berubah wajah apabila gambar keindahan pemandangan kawasan itu yang membentuk sebuah tasik luas dan kolam kecil dengan air berwarna biru kehijauan.

Kewujudan tasik dan kolam kecil yang terbentuk hasil peninggalan tapak kuari pada tahun 1970-an, menjadikan pemandangan di Bukit Katak ini sebagai 'mini Danau Toba' serta destinasi pilihan untuk dikunjungi bukan sahaja oleh penduduk di sekitar Pulau Pinang, malah dari luar negeri ini.

Kawasan ini juga sesuai untuk aktiviti hiking bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti hiking ini,kerana struktur yang tidak begitu mencabar.Namun aktiviti mandi manda tidak begitu digalakkan untuk dilaksanakan kerana  agak dalam kedalamannya.





No comments:

Post a Comment

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...