Wednesday, March 28, 2018

Dodgeball

Dodgeball adalah suatu permainan di mana para pemain berusaha untuk mematikan pemain-pemain pihak lawan dengann menggunakan bola yang ada pada mereka dan pada masa yang sama mengelak daripada terkena bola yang dibaling oleh pihak lawan.

Cara Bermain Dodgeball
Jumlah pemain satu pasukan : 6 Orang
Jumlah bola : 6 biji bola
Tempoh masa permainan : 2 minit
Size Court : 60 feet x 24 feet
*Saya bermain menggunakan separuh court Futsal

Permulaan Permainan
Pemainan dimulakan dengan 2 hingga 3 ahli dari setiap pasukan berlari mengambil 3 biji bola dari tengah-tengah gelanggang dan kemudian di pass kan ke belakang sebelum boleh mula membuat serangan. Pergerakan ini dipanggil “Opening Rush”. Pemain boleh membaling bola dari mana-mana posisi di dalam kawasan masing-masing asalkan berada di dalam garisan. Pemain akan dikira “mati” sekiranya terkeluar dari kawasan.
Pada kebiasaannya, pemain akan membaling bola dari tengah gelanggang supaya dapat membaling dengan momentum yang kuat ke arah pihak lawan. Ketika membaling bola, pemain juga terdedah kepada serangan oleh pihak lawan kerana sesiapa sahaja boleh membaling pada bila-bila masa. Tiada konsep giliran membaling dalam permainan ni.

Situasi Apabila Pemain dikira “Mati”
Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang serta merta apabila bola yang dibaling oleh pihak lawan terkena pada badan pemain. Bola yang telah menyentuh lantai terlebih dahulu sebelum terkena badan pihak lawan tidak dikira. Walau bagaimanapun pemain dikira “mati” walaupun terkena pada pakaian
*Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang apabila pihak lawan berjaya menangkap bola yang dibaling oleh pemain.
Pemain akan dikira “mati” dan harus keluar gelanggang sekiranya pemain terkeluar dari kawasan gelanggang
*Bola ditangkap oleh pihak lawan
Pemain yang sudah keluar dari pemainan boleh dimasukkan semula secara automatik apabila ahli pasukan berjaya menangkap bola yang dibaling oleh pihak lawan.
Susunan pemain yang boleh masuk serta merta adalah mengikut susunan ketika terkeluar (mati)
Pemain yang cuba menangkap bola pihak lawan tetapi bolanya terjatuh adalah dikira “mati” dan harus keluar gelanggang.




No comments:

Post a Comment

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...