Semasa saya kecil dalam umur 4 hingga 6 tahun, Mak ada membela angsa. Angsa yang saiznya 3 kali dari saiz itik, berleher panjang, bersuara nyaring dan hobinya? Mengejar dan mencubit peha orang. Oleh kerana sifatnya yang agak garang dan bijak kerana boleh mengenal pasti orang yang tidak di kenali; ada kalanya angsa sengaja dipelihara untuk "menjaga" rumah dari pencuri. Macam-mana pencuri nak menyelinap masuk ke rumah sedangkan angsa sudah riuh berbunyi dan mencubit-cubit peha!
Saya sebenarnya agak takut dengan angsa dan angsa pula bagaikan bermusuh dengan saya. Selalulah berlaku aksi berlari dikejar angsa. Berlari dikejar angsa lagi menakutkan dari di kejar Abah. Sekali di cubit dengan paruhnya, lebam biru!
Angsa peliharaan Ma agak garang. Misi (Jururawat) yang datang melawat rumah sekali-sekala juga selalu jadi mangsa. Telur angsa yang besar, dalam 3 kali ganda dari telur ayam biasa menjadi suatu yang "menakjubkan" bagi kami, yang masih budak. Ma selalu membuat telur dadar dari telur angsa, tapi saya tak pernah mahu mencubanya. Telur dari musuh saya!
Namun setelah mendekati usia dewasa segalanya bagai terbalik, kerana yang dikejar ada angsa.Baru saya tahu rupa-rupanya angsa ni penakut.Jadi tips kepada sahabat-sahabat yang masih takutkan angsa tu ingat angsa sebenarnya penakut jadi kita kena lebih berani daripadanya.
Gambar yang diambil diatastu sewaktu saya berada di KMPP .SEKIAN...
Monday, January 22, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...
-
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG Kolej Matrikulasi Pulau Pinang terbina di atas kawasan seluas 85 ekar di Pongsu Seribu, Kepala Batas d...
-
Assalamualaikum okay harini aku nak share experience aku dengan kawan-kawan aku pi hiking gunung jerai.Sebenarnya benda ni dah plan dua ming...
-
KAEDAH PERMAINAN MUSICAL CHAIR Langkah 1 Guru akan memberikan arahan dengan jelas terlebih dahulu kepada murid dan meminta m...
No comments:
Post a Comment