Monday, January 8, 2018

Pulau Pangkor


Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah:


Kubu Belanda
Tokong Fu Ling Kong
Kota Belanda
Batu bersurat
Pantai Puteri Dewi
Pantai Pasir Bogak
Teluk Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan darat dan laut. Sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing.

Pangkor Laut Resort yang dimiliki oleh YTL Hotels di sebelah barat Pantai Pasir Bogak ialah sebuah tempat peranginan persendirian mewah yang bertaraf antarabangsa.

Hari pertama 
10.00 pagi -bertolak ke jeti Marina Bay menaiki kereta.
2.00 petang-Tiba di jeti Marina Bay
3.00 petang-Tiba di Pulau Pangkor
3.10 petang-Menaiki van ke Teluk Nipah
3.30 petang-Tiba di Teluk Nipah
3.40 petang-Dirikan khemah untuk bermalam
4.00 petang-Mandi manda dipantai bersam-sama
6.30 petang-Siap-siap untuk solat maghrib/isyak
8.00 malam-Menyiapkan makanan BBQ 
10.00 malam-Menikmati BBQ
12.00 malam-Mengemas semula peralatan-peralatan BBQ
1.00 pagi-Campfire
1.30 pagi-Tidur

Hari Kedua
6.00 pagi-Solat subuh dan mandi.
8.00 pagi-bertolak menaiki bot untuk snorkeling di pulau berdekatan
11.00 pagi-Pusing-pusing menaiki bot di pulau berdekatan.
12.00 tengah hari-bergerak pulang ke Teluk Nipah
1.00 petang-mengemas barang untuk bergerak pulang
2.00 petang-sebelum bergerak pulang singgah kilang satay
3.00 petang menaiki ferry ke jeti.
3.30 petang-tiba di Marina Bay
4.00 petang-bergerak Pulang ke rumah
7.00 malam-Tiba di rumah masing-masing.

Sekian...

No comments:

Post a Comment

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...