Monday, February 26, 2018

Dalam bahasa Malaysia di sebut; dakwah jalanan.. 

Ia adalah perbuatan menyampaikan islam semasa kita berjalan-jalan.

Seperti biasa.. jika mahukan maksud yang skema, cantik dan memenuhi kehendak tatabahasa; saya menasihatkan para pembaca melakukan pembacaan lebih lanjut di laman-laman yang lebih serius dan di iktiraf. Penulisan di sini hanya sebagai pengenalan, insyaAllah.




ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ 

 Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

An-nahl: 165

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ۙ أُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّـهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Al-Baqarah: 159


                        Gambar diambil di masjid Kapitan Keling,Pulau pinang bersama-sama ahli YADIM KMPP.
                    

Gambar ni diambil masa aq join YADIM KMPP,sebenarnya aq xjoin pon yadim tapi disebabkan diajak oleh tuan pengarah program jadi aq join la program ni...program ni tujuan utama dia nak bagi bantuan kepada homeless dan disamping tu bagi dakwah skit dekat mat saleh yang ada kat kawasan2 tu..jadi bukan mudah program ni..first2 tu depa bagi tau kat kmi cuma bagi makanan ja kat homeless aq ok la..bagi makanan ja pon.tpi tiba2 bila smpai sana depa bagi tau kena bagi dakwah kat penduduk sekitar,dengaq2 ja kena bagi dakwah..jantun aq tiba2 rasa nak tercabut..hahahah..mau tak tercabut tak pernah aq terlibat program mcam ni.



Kami bertolak dari KMPP pukul 7 pagi..kiranya kami tiba dalam pukul 8 camtu la..xjauh pon KMPP ke Masjid Kapitan Keling.Dah sampai tu depa bagi sikit taklimat tentang program.dah hbis semua tu kmi melawat masjid Kapitan Keling...masa tengah dok syok melawat...ada plak Mat Salleh mai tanya soalan tentang masjid tu..jadi disebabkan pengurusan masjid takdak jadi kami ambil la tanggungjawab tu..aq pon jadilah model ambik air sembahyang dengan solat...masa solat tu xyah tanya la khusyuk ka dak..hahaha..semua org tgok aq solat kot...model la katakan hahahaha.

Lepas pada tu kami bergerak ke kawasan masing-masing untuk melakukan dakwah,kami dibahagikan ke beberapa ke kawasan yang telah ditetapkan,Dalam perjalanan kami nak bagi dakawah, tiba-tiba langkah kami disekat oleh seorang pak cik yang agak berusia umurnya,pada mulanya dia tak bagi kami teruskan dakwah tu sebab dia tak percayakan kami,maka terjadilah sedikit pertelingkahan antara pakcik tu dengan kami,tapi disebabkan satu ayat ni sahaja pakcik tu lepaskan kami"laa ni pakcik nak suruh kami buat apa,kalau pakcik tak mau lepaskan kami".Lepas dengar ja ayat tu pakciktu terus rasa bersalah.





Kami teruskan perjalanan kami lepas settlekan pakcik tu,dalam perjalanan tu kami bertemu dengan beberapa pelancong,antaranya dari Amerika Syarikat,scotland dan Jerman.Ada antara mereka yang menolak pelawaan kami untuk berbual.Ada antara mereka yang sporting dan seronok berbual-bual dengan mereka.antara soalan yang kami tanyakan pada mereka ialah "adakah kamu menyokong statement islam itu terrorist",dan kebanyakan mereka tidak menyokong statement tersebut.



Dan selepas pada settle street dakwah kami teruskan program seterusnya iaitu program feeding homeless.Berdasarkan pemerhatian aku kebanyakkan homeless ni dari kaum cina.semasa agihkan makanan presiden kami dia bagi sedikit kata motivasi kepada homeless yang datang untuk bagi bagi sedikit pemangkin semangat kepada mereka untuk berjaya.

Setelah semuanya selesai kami pon bergerak pulang ke KMPP.Walaupun letih pengalaman ini tak kan aku lupakan.bak kata orang pengalaman tak dapat dibeli dengan wang ringgit.sekian terima kasih..




No comments:

Post a Comment

  LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1) 1.Bukit Broga Bukit Broga ni bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat...