LIST HIKING AND CAMPING 2020 (PART 1)
1.Bukit Broga
Bukit Broga ni
bagi aku tak la susah sangat kiranya kalau beginner sesuai sangat-sangatla,
masa ni aku ikut member aku dari UKM hiking kat sini, sebelum masuk kena bayar
parking, pastu masa nak masuk pon kena bayar duit entrance aku pon pelik tak
pernah-pernah selama ni aku hiking kena bayar tiba-tiba kena bayar, mungkin tanah persendirian kot mungkin. Laluan dia tak begitu mencabar
sangat dan agak landai, tapi berbaloi la sebab view dia boleh tahan lawa.
2.Air Terjun Pecah Batu
Air terjun ni lokasi
dia dekat Taiping, bagi aku ranking air terjun ni aku letak tempat kedua air
terjun yang pernah aku mandi, pertama semestinya air terjun sedim.Masa kami pi
ke sini agak lengang juga sebab masa tu hari sekolah, jadi agak puas jugak la
mandi. Air terjun dia pon jernih dan air tak laju sangat, dan ada tempat cetek
dan dalam jadi sesuai la kalau nak bawa family datang sini budak-budak pon
sesuai saja mandi sini.
3.Teluk Senangin
Ni lah aktiviti
pertama yang aku buat lepas PM umum pkp tamat dan boleh rentas negeri, lepas
dengar ja pengumuman tu terus aku booking challet, pantai Teluk Senangin
compare dengan Pulau Pangkor, Pulau Pangkor lagi lawa bagi pendapat aku la,
aktiviti sini tak banyak yang boleh buat tapi ok la not bad.
4.Gunung Semanggol
Gunung Semanggol ni
kami hiking awal pagi, boleh tahan trek dia agak medium tahap kesusahan dia,
tapi jangan risau masih sesuai untuk beginner-beginner yang baru nak start hiking.Alhamdulillah
rezeki kami dapat tengok awan karpet dengan pemandangan memang lawa la campur dengan
view sawah padi pergh hilang penat semua.
5.Bukit Berekeh
Bukit Berekeh nama ja
bukit tapi trek dia agak stress juga la dengan naik turun naik turun kena redah
5 puncak dulu baru sampai puncak yang betul.Aku hiking bukit ni dua kali pertama
sekali dengan geng-geng matrik yang kedua dengan geng-geng smka so bagi aku
yang tak ada stamina yang cukup aku tak syor sangat sebab trek dia panjang tapi
tak susah cuma jauh saja.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment